LOGIN
 
Kod Organisasi
Kata laluan
    
Lupa Kod / Kata laluan?
Sila hubungi PKG.
 
PAUTAN
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Muat turun dokumen
Pengumuman
SSQS Siri ke-2

  Kutipan data SSQS siri ke-2 akan mulai Julai 2009  Aplikasi SSQS kini dibuka untuk tujuan taklimat dan latihan oleh BTPN & PKG kepada sekolah sahaja.  Sebarang kemasukan data sebelum  Julai 2009 tidak akan diambil kira dalam pengiraan ranking kelak. Harap maklum. 


Tarikh Kutipan data SPPICTS ke-2 2009
Untuk makluman semua, tarikh akhir pengemaskinian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali kedua tahun 2009 telah dilanjutkan sama dengan tarikh akhir SSQS. Namun, pihak sekolah dinasihatkan untuk menyelesaikan pengemaskinian SPPICTS secepat mungkin bagi mengelak pertembungan dengan pengemaskinian SSQS.


 
 
 PENGENALAN

 

Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan ICT di sekolah.  Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.

Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

 

 

Hakcipta © 2009 Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
PENAFIAN : Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.